25.11.09

Makluman Untuk Bakal Penulis

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak FP ingin mempelbagaikan genre penerbitannya. Kini anda boleh menghantar manuskrip novel yang memaparkan kisah selain daripada cinta berserta chick-lit. Kami mengalukan manuskrip pelbagai genre.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah e-mel ke fajarpakeer@yahoo.com

24.11.09

Akan Datang

Mereka menanti cinta sejati, tanpa sedar cinta itu ada di depan mata. Biar bibir menafikannya, namun hati tidak dapat menyangkal. Apabila berjauhan daripada si dia, Syamin dan Fira mula rasa resah gelisah, dibelenggu rindu. Akhirnya mereka akur, hati sudah sayang.

Syamin mahu Hakimy tahu perasaannya bukan boleh dibuat main. Bukan boleh dimarah, disindir, dipaksa sesuka hati. Dia cukup bengang dengan sikap selamba Hakimy. Namun, dalam marah ada rindu. Bagi Syamin, hadir Hakimy bagai salju yang memutih. Puas hati menidakkan tetapi Hakimy tetap juga di ingatan.

Bertahun-tahun Fira setia merindui Iqbal. Namun, bila yang tersirat sudah terurai, berkecai segala rindu dan impian. Hatinya terus tertutup rapat menerima cinta lelaki walaupun dia berasa selesa bersama Amirul dan menyayangi lelaki yang telah dianggap seperti abang itu. Namun, tanpa disedari, Amirul mencintainya dalam diam.

Sudikah Syamin menerima cinta Hakimy yang ikhlas? Mampukah Fira membuka pintu hatinya untuk Amirul yang begitu setia menanti cintanya? Atau kalau hati sudah sayang, tiada apa yang mampu menghalang…?

Begitukah?

Insyirah selalu menjadi mangsa kebencian emaknya hanya kerana dia tidak sehebat abang-abangnya. Hatinya memberontak dengan sikap emaknya. Hanya ayahnya dan Hadi yang memahami dirinya. Hadi, rakan yang dikenali sejak kecil menjadi tempat dia mengadu. Hubungan rapat antara Insyirah dan Hadi membuahkan satu perasaan aneh dalam diri Hadi namun dipendamkan sahaja. Ternyata Insyirah menganggap Hadi sebagai sahabat apabila memperkenalkan Aiman sebagai teman istimewa.

Perkenalan dengan Aiman merubah semuanya. Pertama kali Insyirah mengenal erti cinta dan pertama kali dia membenarkan hatinya ditakluki. Dengan rela, dia menerima lamaran Aiman tanpa sedar akan perasaan Hadi terhadapnya. Namun, keindahan yang dinikmati hanya sementara.

Insyirah tertekan apabila Aiman menghilangkan diri dan penderitaannya ditambah dengan pemergian ayah yang disayangi. Dugaan demi dugaan membuatkan dia jadi hilang pertimbangan. Dalam menghadapi kemelut itu, Hadi datang menjadi penyelamat. Namun, mampukah dia melupakan Aiman?



Sayang Camalia ~ Di alam universiti dia sendiri tidak menyangka bahawa diri akan jatuh cinta. Lebih-lebih lagi dengan lelaki sebegitu rupa. Hakikatnya, itulah cinta. Tidak perlu dipaksa kehadirannya. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya menyebabkan dia hanya menyimpan cinta itu dalam hati.

Mungkinkah cinta lelaki itu miliknya? Atau dia harus menerima kehadiran lelaki lain, tanpa ada cinta? Membuang cinta yang mekar di hati umpama belati yang menikam diri. Namun, menerima cinta daripada insan yang tidak dikasihi juga amat memeritkan hati. Jadi, jalan mana yang harus dia pilih?

Syukur Razlan ~ Dia kehilangan identiti sebenar diri hanya kerana satu sebab, lalu dia nekad untuk terus hidup dalam alam ciptaannya. Dia tidak peduli dengan segala tomahan orang lain. Yang penting, dunia ciptaanya itu membahagiakan. Namun rasa cinta yang terbit di hati gagal menidakkan naluri seorang lelaki yang telah lama disembunyikannya.

Fitrahnya, dia mendambakan seorang wanita di sisi, tapi dia berdiam diri kerana jalan hidup yang dilaluinya tidak memungkinkan wanita yang disayanginya itu memilih dirinya. Antara sejarah yang memeritkan diri dan cinta yang subur di hati, dia harus berhadapan dengan kedua-duanya. Mungkin perubahan adalah jalan terbaik, tapi adakah dia sanggup?

Antara Faryan dan Serra, bagaikan bulan dan matahari, saling memerlukan… saling mencintai. Antara Faryan dan Serra, bagai kumbang dan bunga, menyeri taman. Tetapi entah mengapa bulan dan matahari berpisah kasih, kumbang dan bunga bercerai sayang.

Perpisahan terjadi lantaran hati terlalu sedih kerana dikecewa. Saat cinta Faryan mengembang, Serra menghilang diri. Tanpa khabar, hilang berita. Faryan jadi perindu dan rindu itu cuba dikambus melalui pertunangannya dengan Wina, atas kehendak keluarga.

Namun, di celah rasa kecewa yang menjadi cebisan perasaan, pertemuan ada semula. Mereka tetap bersama. Rindu dan benci bertandang antara malu untuk mengakui aku juga cinta kepadamu…

Pun begitu, akhirnya bulan dan matahari tetap bersama kerana fitrah azali telah menjodohkannya. Dan, mungkinkah begitu jua suratan azali antara Faryan dan Serra? Fitrah mereka, adakah mungkin jodoh bersama? Atau akankah Serra dibalas kecewa atas silap dahulu?



Konflik diri Priscillia bermula dengan satu panggilan misteri daripada pembantu suaminya, Ziela. Maklumat yang diterima dianggap tohmahan sahaja. Ada pihak yang cemburu melihat kebahagiaan keluarganya. Itulah tanggapan awal Priscillia. Namun, pengintipan yang dilakukan di Hotel Hilton membuktikan kecurangan suaminya, Kelvin. Suaminya bermain kayu tiga di belakangnya.

Kelvin mempunyai dua personaliti; sebagai suami misali dan suami yang zalim.

Kelly, si anak pula menjadi mangsa apabila Kelvin sanggup mengumpan si kecil itu untuk kepentingan diri sendiri. Dia mahu hidup bebas, namun Priscillia tidak boleh begitu. Di mata orang dia suami misali di rumah dan Priscillia isteri yang taat. Priscillia hanya miliknya namun dia bukan hanya untuk Priscillia.

Priscillia masih rindukan cinta Kelvin, perhatian seseorang suami dan mahu Kelvin terus bersamanya. Dia tidak boleh hidup tanpa Kelvin. Berjayakah Priscillia membebaskan diri daripada kemelut rumah tangganya? Mungkinkah rindu Priscillia untuk Kelvin bakal bersambut?

23.11.09

Mini Novella

Di Pasaran!

Di Pasaran!

Pertemuan tanpa dirancang antara An Nuur dan Adzim membuatkan mereka berkongsi rasa yang sama. Masing-masing kecewa dengan cinta pertama. Dalam An Nuur cuba mengubah hidupnya bersama teman baru Razif kembali untuk menagih kesetiaannya.

Dalam kekalutan yang singkat, mainan perasaan menghantui empat hati ini. Izan cintakan Adzim sedangkan Azim sudah mula menyukai An Nuur. Razif yang dahulunya meninggalkan An Nuur semata-mata untuk Dilla kini mula faham yang Dilla tidak mampu menjadi seperti An Nuur.

Apakah An Nuur akan jatuh cinta lagi kepada Razif, bekas tunangnya atau memilih Adzim lalu mencalarkan persahabatan antaranya dengan Izan? Atau sebaliknya?

Kalau dia jodoh awak, dia akan cari awak.


Indah Chempaka dan Irham Haqim dipertemukan kembali tanpa diduga. Namun, pertemuan ini langsung tiada manisnya. Ada saja perbalahan dan peperangan dingin yang tercipta di antara mereka. Dalam dingin ada kasih yang disemai. Dalam benci ada rindu yang bertandang.

“Kaulah cinta pertamaku… Kekasihku yang selama-lamanya.”

Itu kata Irham Haqim, meletakkan Indah Chempaka di dalam hatinya. Namun, apa pula kata Indah Chempaka buat Irham Haqim? Masih meletakkan kasihnya buat lelaki itu atau lupakan saja kisah di antara mereka?

Apakah dalam diam, benih cinta sudah kembali bersemai di antara mereka?


Lelaki itu pilihan hati baba dan amma, bukan dia.

Lelaki itu pilihan hati Sera, bukan dia.

Jadi, bagaimana boleh dia mesrai hati seorang lelaki yang hatinya sendiri tidak berkehendak? Dia, Nur Raniaa, tidak tahu bagaimana mahu menggarap sayang untuk Fathi. Tidak juga tahu bagaimana mahu menerima suami sendiri apabila penerimaan itu mengakibatkan dia hilang kawan baik.

Jadi, salahkah kalau dia tidak mahu beri peluang hati menerima bukan pilihan hati? Silapkah kalau dia tidak boleh terus membenci apabila hati mula kenal cinta kepada Fathi sedang Sera lebih layak?


Madu! Manis untuk dibicarakan di bibir lelaki. Namun bagi wanita terlalu pedih pula untuk menerima.

Adriana dan Erin, kedua-duanya sahabat baik yang tinggal serumah dan berkongsi tempat kerja. Adriana menyayangi Erin seperti saudara kandungnya sendiri. Kehadiran Rizman dalam hidup kedua mereka menyebabkan Adriana terpaksa akur dengan kehendak cinta. Baginya, cinta bukan miliknya seorang. Dia sanggup untuk berkongsi cinta dengan Erin.

Erin? Begitukah juga dengannya? Sanggupkah dia berkongsi cinta dan kasihnya dengan Rizman?


Wira tak pernah berjaya meluahkan cintanya kepada Widya—gadis paling cantik, pintar dan elit di sekolahnya. Di sekolah, Wira menjadi mangsa buli dan gagap adalah gelarannya. Latar belakang keluarganya yang miskin dan sebagai pelajar paling corot dalam kelas, Wira merasakan yang dia memang tak sepadan dengan Widya. Dalam kekurangan itu, Wira ada kelebihan, dia berbakat dalam penulisan.

Tamat sekolah, Wira gigih berusaha. Daripada pejaja jalanan dan pekerja kilang, Wira berjaya menjadi novelis terkenal. Wira tak pernah melupakan Widya sedetik pun. Satu hari, Widya muncul kembali dalam hidup Wira. Tragiknya, Widya kini sedang meniti hari-hari gelap kerana diserang penyakit.

Wira yang tetap mencintai Widya tetap mahu mengahwini Widya biarpun terpaksa menerima hakikat yang dia mungkin akan hilang Widya. Dia mahu jadi Wira yang akan mencintai Widya selama-lama. Mampukah seorang Wira terus cinta akan Widya?


Lembut sangatkah anak muda bernama Fazral Rafzan hingga dengan senang hati Mirzan Hanni menyedekahkan gelaran nyah kepadanya? Fazral Rafzan tetap selamba, tidak terkutil langsung dengan gaya minah sengal daripada Mirzan Hanni, seolah baru mahu kenal manusia.

Itu komen pertamanya, namun tanpa mereka sedar, pertemuan tak sengaja dalam persepsi berbeza itu telah mengheret mereka kepada satu perhubungan yang tidak mampu mereka tolak.

Bagaimana pula kelembutan itu berjaya buat emosi brutal Mirzan Hanni gundah-gulana? Dan, apa kaitan sehelai gaun dalam hidupnya?

Biarkan gaun ini jadi lambang dan saksi cinta kita…


Hubungan rapat di antara Karina dan Haris bermula sejak kecil lagi. Di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan namun takut untuk diluahkan. Masa yang berlalu memisahkan mereka lantaran Haris yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanya surat dan e-mel menjadi penghubung di antara mereka berdua.

Kemunculan Mr. Driver yang tiba-tiba muncul mengganggu ketenteraman hidup Karina. Bermula dengan pertemuan pertama yang menyakitkan hati sehinggalah pertemuan berikutnya. Karina tekad melancarkan perang dingin dengan Mr. Driver. Namun dia mula senang setelah mengenali pemuda itu. Dia akui pemuda itu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dalam meneroka persahabatannya dengan Mr. Driver serta rindunya yang sentiasa menanti kepulangan Haris, dia menerima satu kenyataan yang sukar diterima. Kenyataan yang membuatkan dia menjauhkan diri daripada semua. Mampukah dia menerima kenyataan yang disampaikan Haris itu? Dan, siapa sebenarnya Mr. Driver yang selama ini mengisi hari-harinya?


Nazmi dipaksa berkahwin oleh ibunya, begitu juga dengan Danisha. Masing-masing berusia 30 tahun, tetapi masih tetap degil mahu menentukan jodoh sendiri. Sudahlah dipaksa supaya berkahwin, dipaksa pula bertemu janji.

Pertemuan Nazmi dengan gadis Susu Strawberi menguatkan lagi hatinya untuk mencari pilihannya sendiri. Dia tidak mahu gadis itu menjadi isterinya. Begitu juga dengan Danisha. Budak skema seluar merah bukan cita rasanya. Namun, mereka terpaksa menurut, mereka tidak boleh membantah! Keputusan itu adalah keputusan muktamad. Mereka harus berkahwin.

Tapi… bagaimana pula cinta kepada 2821 yang ditidakkan oleh hati Danisha? Jatuh cinta kepada pemuda 2821, amat merimaskan! Namun itulah hakikat.


Dunia mistik sentiasa menghadirkan diri menemani hidup manusia. Cuma manusia saja yang sering alpa tentang kewujudan dunia ini.

Umie menjerumuskan diri dengan dunia mistik ini. Mukhriz yang hadir untuk membalas dendam kematian kekasihnya, Norima, telah mendekati Umie untuk menuntut janji tok penghulu memberikan pengganti Norima kepadanya. Selendang hitam, bukti cinta sejati Mukhriz, sentiasa mengejar mangsa namun ia telah memilih Umie sebagai ratu untuk Mukhriz.

Umie cuba menidakkan perasaan cinta yang wujud untuk Mukhriz. Mukhriz pula menunggu saat-saat Umie mengucapkan kata cinta Umie Apakah Umie akan mengucapkan kata cinta untuk Mukhriz? Bagaimanakah berakhirnya cinta sehelai selendang hitam?


Nadya terus hidup dalam dunianya sendiri setelah Fahrin memutuskan ikatan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan kukuh. Dia tidak pernah berharap Fahrin akan kembali kepadanya. Namun, cincin pertunangan tersebut terus tersarung kemas di jari manisnya. Juga tanpa sebarang alasan kukuh!

Taufiq yang sudah mula jatuh hati kepada Nadya, jadi serba salah untuk meluahkan perasaannya kerana menyangka Nadya adalah tunangan orang. Tambahan pula, dia sedar siapa dirinya. Dia ‘anak halal’ yang terbuang di perhentian bas, membesar dan mendapat kasih sayang dari rumah anak-anak yatim. Lantaran itu, dia terus memendamkan perasaannya terhadap Nadya.

Namun, mampukah Taufiq terus memendam cinta? Sudikah Nadya menerima cinta suci Taufiq apabila dia mengetahui siapa diri Taufiq? Kasih kita… bersamakah akhirnya?


Swee Lin, gadis Cina kelahiran Kajang sudah berusia. Namun masih solo. Tiada jejaka yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Tapi, jatuh cinta pandang pertama pula kepada Khalid yang berkepala botak.

Khalid, tertarik dengan Swee Lin pada pandangan pertama. Detik itu, Khalid dilanda masalah besar kerana baru terima VSS. Persahabatan mereka menerima tentangan daripada mak Khalid, Mak Tijah. Namun hati ibu, sampai masa cair juga demi bahagia anak.

Dua minggu sebelum perkahwinan, Jason, sahabat baik Swee Lin pula buat hal. Berjayakah Khalid dan Swee Lin mengharungi dugaan sebelum diijabkabulkan? Adakah cinta pandang pertama mereka akan berterusan atau di sekerat jalan?


Di sebalik yang terjadi, pasti ada yang terjanji. Terpateri sesuatu yang pasti jika ada reda Ilahi. Begitulah pandangan Sara dan Azelea apabila hati sudah terlanjur cinta.

Sara bertemu dengan Haziq secara tidak sengaja di Cameron Highlands. Dia tertarik kepada ketenangan dan karisma lelaki itu. Dia sudah terlanjur cinta tanpa boleh menolak hakikat; yang dicintai itu adalah suami wanita lain.

Azelea terlalu cintakan Sinclair. Tiada yang dapat mengubah cinta itu, namun percaya yang hilang meranapkannya. Hati dibasahi parah jadi segar dengan kehadiran Eric Loi, membuatkan cintanya terlanjur semula.

Apakah Sara rela menjadi yang kedua dalam hidup Haziq? Mungkinkah Azelea mengizinkan Eric Loi jadi yang kedua di hatinya? Adakah keterlanjuran cinta mereka akan membuat mereka bahagia?
DINAZ SALSABILA;

14.11.09

NASS ALINA NOAH;



6.11.09

REHAL NUHARIS;